* KEUNIKAN SENI BINA LAMA THE ARYANI RESORT
The Aryani Resort,terletak di merang setiu Terengganu,The Aryani di bina di pesisir pantai Terengganu dan menghadap laut Cina Selatan yang berlanskap kan pulau percutian yang terkenal di Terengganu ia itu Pulau Redang,The Aryani resort merupakan Resort mewah yang di bina dengan seni bina istana melayu zaman silam.ianya memapakan senibina budaya melayu klasik.
Ianya mengunakan 100% peratus seni melayu asli.
The Aryani juga memaparkan konsep hidup rumpun melayu nusantara di dalam langskap ianya juga memaparkan konsep batik dan ukiran kayu di gunakan secara meluas dalam persekitaranya.
The Aryani Resort memberikan anda pekej percutian yang begitu unit dan anda akan dapat menimba pangalaman hidup di sebuah istana melayu tradisional.
Di The Aryani Resort terdapat 20 unit villa mewah yang kesemua nya di bina dengan seni pertukangan melayu tradisional.terdapat juga kolam renang bagi anda yang ingin berendam dan menikmati hembusan bayu lembut laut cina selatan.Terdapat sebuah taman yang indah di hiasi pelbagai jenis bunga bungaan serta tempat berehat yang juga di bina dengan seni bina warisan istana melayu silam.
Anda boleh menjelajah ke pantai serta mandi laut,anda juga boleh bersantai di bawah payung yang di sediakan dan menghayati pemandangan laut lepas yang indah,di sini anda boleh menjelajah ke setiap pelusuk kampung nelayan tradisional dan belajar cara hidup mereka.
The Aryani Resort juga istimawa kerana lokasi nya yang begitu dekat dengan pantai peranginan merang dan jetty untuk ke pulau redang,dan kurang 5km untuk ke Terengganu Endurance Park Lembah Bidong dan lebih kurang 30 km ke Bandaraya Kuala Terengganu.Jom kita alami percutian yang penuh keunikan istana melayu zaman silam di The Aryani Resort merang Terengganu.semestinya "TERENGGANU DESTINASI PERCUTIAN KU'
(CLICK SINI GELLERY BERGAMBAR SENI BINA THE ARYANI RESORT)
Currently have 0 comments: