.
Latest News

Tempahan

Untuk Tempahan Atau Pertanyaan Tentang Pekej Percutian sila email : aakulahtu@gmail.com
hp:0199513463/096061239

* SEJARAH BUKIT BESI

Sunday, August 1, 2010 , Posted by Admin TKC(hos getah) at 12:41 AM

Pada suatu masa dahulu tempat ini pernah menjadi lubuk rezeki untuk beribu penduduk di sekitar nya.ada di antara mereka datang dari setiap pelusuk negeri,antaranya pahang,kelantan dan selatan thailand membawa keluarga ke sini untuk mencari rezeki., pada masa dahulu tempat ini penuh dengan kemeriahan pekerjanya.
Namum kini ianya menjadi sunyi sepi dan sejarah nya hampir di lupakan.Itu lah Bukit Besi.Bukit Besi terletak di Daerah Dungun, 33km dari Bandar Dungun dan 77km daripada Bandaraya Kuala Terengganu. Bukit Besi terkenal kerana pengeluaran bijih besi yang terbesar di Asia Tenggara.di sekitar tahun 1916-1970
Sejarah kegemilangan bukit besi bermula apabila seorang ahli kajibumi Jepun, Mr. Kuhara datang ke Cemuak, Hulu Dungun dalam tahun 1916 dan mendapati terdapat kandungan bijih besi dengan jumlah yang banyak di kawasan tersebut. maka bermulalah zaman kegemilangan bukit besi,pada awal pelombongan bijih besi hanya diangkut dengan kereta tolak daripada Bukit Besi ke kampung. Dendang. Kemudian ia dibawa ke Dungun menggunakan bot. Syarikat Kuhara Mining Ltd telah menjalankan kegiatan melombong bijih secara tidak rasmi pada tahun 1927. Ia kemudian ditukar
kan kepada nama kepada Nippon Mining Company (NMC).'Mining Lease' telah dikeluarkan dengan rasmi oleh Kerajaan Terengganu kepada NMC pada 13.1.1929. Kawasan tersebut seluas 1080 ekar, terdiri daripada M.L. 129, M.L. 130, M.L. 131 dan M.L. 132 adalah pecahan daripada M.L. 75, iaitu kawasan yang telah dikurniakan oleh Sultan Terengganu kepada seorang kerabatnya,


Tengku Abu Bakar bin Tengku Abdul Jalil. Pada tahun 1930, laluan keretapi Dungun - Bukit Besi telah dapat disiapkan di stesen kampong Che' Lijah. 'Stock Pile' atau Tempat Memunggah Bijih yang pertama juga adalah di Kampong Che' Lijah. Dari situ bijih-bijih besi dimuatkan ke dalam bot untuk dibawa ke Kuala Dungun. Tahun 1935, jumlah penduduk di Bukit Besi telah meningkat sehingga 6,000 orang (termasuk 3,000 pekerja) Perkhidmatan awam seperti bekalan air, elektrik, keretapi juga disediakan secara percuma untuk perkerja dan penduduk Bukit Besi pada masa itu. Sebuah terowong yang dikenali sebagai Bukit Tebuk telah dapat disiapkan dalam tahun 1936. Perjalanan melalui Bukit Tebuk dapat menjimatkan masa. Oleh itu tempat memunggah bijih dari Kampong Che Lijah telah dipindahkan ke Nibong, dan akhirnya
dipindahkan pula ke Sura. Pengeluaran bijih besi oleh NMC ini mencapai kemuncaknya antara tahun 1936 - 1940. Selepas itu ia mula menurun dan berakhir pada tahun 1945, iaitu selepas Jepun menyerah kalah kepada British dalam Perang Dunia ke II. Tiada aktiviti perlombongan yang dijalankan sekitar 1946 - 1949 kerana keadaan darurat dan tiada permintaan. Kerajaan British telah menjual harta lombong Bukit Besi kepada Eastern Mining and Metal Company (EMMCO). EMMCO telah memulakan kegiatannya secara besar-besaran di awal 1950an, kerana permintaan yang tinggi dari syarikat Jepun. Untuk mendapatkan keuntungan besar dalam masa yang singkat, EMMCO telah menggandakan pengeluaran nya. Aktiviti pengeluaran dijalankan 24 jam sehari tanpa henti, kecuali hari Jumaat. Jentera-jentera moden juga telah digunakan dalam proses pemecahan batu-batu bijih. Dengan ini pihak EMMCO telah berjaya meningkatkan pengeluaran dan menghasilkan bijih besi yang lebih bermutu tinggi, di samping mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda.Kemuncak pengeluaran antara tahun 1960 - 1964 di mana jumlah pengeluaran melebihi 2,000,000 tan setahun. Pada 1 Oktober 1970, Lembaga Pengarah EMMCO telah membuat keputusan muktamad menutup lombong Bukit Besi. Walaupun kandungan bijih besi dipercayai masih terdapat banyak lagi. Penutupan lombong bijih besi ini mempengaruhi ekonomi penduduk Bukit Besi dan Dungun. Ramai daripada mereka telah berhijrah ke tempat lain untuk mencari pekerjaan baru.kini di bukit Besi hanya lah ada tingalan bagunan yang pernah di jadi kan tempat memproses biji besi,menara asap lama yang hampir roboh menyembah bumi,dan terdapat sebuah tasik besar yang terjadi dahulunya tapak lombong,tasik ini di beri nama tasik puteri yang kini telah bertukar dari sebuah lombong menjadi sebuah pusat rekreasi yang terkenal di Daerah Dungun..

Untuk Tempahan Atau Pertanyaan Tentang Pekej Percutian sila email : aakulahtu@gmail.com
hp:0199513463/096061239

Currently have 0 comments:

VISIT TERENGGANU

Redang Island

Perhentian Island

.

UNTUK SEBARANG MAKLUMAT TAMBAHAN
SILA EMAIL : -aakulahtu@gmail.com
call 0199513463/096061239