PANTAI BENTING LINTANG
Pantai Benting Lintang terletak di dalam daerah besut besempadan dengan daerah setiu.
jarak dari bandaraya kuala terengganu lebih kurang 90 km,15km dari kuala besut 18km dari bandar jertih.kampung benting lintan adalah sebuah kampong nelayang tradisional yang terletak di pesisir pantai behadapan dengan laut cina selatan di mana pemandangan di pantai ini cukup indah anda juga akan dapat melihat beberapa gugusan pulau pulau yang berada di perairan teraengganu dari pantai ini seperti pulau redang,pulau lang tengah,pulau perhentian dan pulau rhu hentian .pantai benting lintang terkenal dengan perusahan membuat bilis dan ikan kering,,pada awal pagi anda akan dapat melihat deretan bot bot nelayan tradisional turun kelaut untuk menangkap ikan.
pada sebelah petang mereka akan pulang membawa hasil tangkapan masing masing,pantai benting lintang juga terkenal dengan lokasi memancing ikan gelama.pada setiap tahun bila tiba musin gelama ramailah kaki pancing akan berkunjung kesini,bersebelahan dengan pantai benting lintang terdapat sebuah anak sungai paya bakau mengalir lesu,sungai paya bakau ini juga amat terkenal kerana ianya adalah salah satu lokasi untuk mencari lokang sejenis hidupan yang berupa seperti kerang yang hidup di dalam lumpur paya bakau , pantai benting lintang juga terkenal dengan lokasi penangkapan udang pasir,jika anda ingin bermalam di sini anda boleh boking chelet yang terdapat di sini.
Di sini hanya terdapat sebuah chelet yang bernama darul iman inn yang di miliki bumiputra 100% . kadar sewa yang di kenakan di sini amatlah berpatutan.Di kampong ini juga terdapat beberapa kemudahan awan seperti masjid kedai kedai makan dan sebagainya,jika anda berkunjung ke pantai ini jangan lupa untuk mencuba mee sup. sotong goreng.ikan goreng celup tepung , air cendol dan sebagainya di warong chek ngah.
jika anda ingin berkunjung ke pantai ini jika anda dari kuala terengganu anda hanya perlu memandu melaluil jalan pantai kuala terengganu kampong raja,anda juga boleh mengunakan perhidmatan bas sp bumi yang di sediakan dari kuala terengganu ataupun dari pekan kuala besut.
Currently have 0 comments: