* PULAU REDANG (REDANG ISLAND)
Pulau redang terkenal dengan ke indahan taman laut nya,terletak di perairan negeri terengganu,di dalam daerah setiu,boleh dilawati sama ada melaluil jalan air mahupum melalauil udara.pulau redang mempunyail 9 gugusan pulau pulau terdiri daripada 9 pulau-pulau iaitu P. Redang, P. Pinang, P. Ling, P. Ekor Tebu, P. Kerengga Besar, P. Kerengga Kecil, P. Paku Besar, P. Paku Kecil, dan P. Lima 45 km dari pantai Terengganu. Perairan di sekeliling pulau-pulau ini sejauh 2 batu nautika dari tikas air surut terendah dikenali sebagai Taman Laut Pulau Redang Malaysia. Selepas penubuhan taman-taman laut, perairan yang sama dikenali
sebagai Kawasan Larangan Perikanan. Taman Laut Pulau Redang yang diuruskan oleh Jabatan Taman Laut, Malaysia memberikan perlindungan dan pengurusan khusus untuk kawasan-kawasan marin yang penting untuk negara. Matlamat utama adalah untuk melindungi, memulihara dan menguruskan persekitaran marin yang penting secara berterusan dan menggalakkan orang awam memahami, menghargai dan menikmati warisan marin semulajadi Malaysia bagi generasi Malaysia masa kini dan yang akan datang.di sini juga terdapat kemudahan asas untuk pelancong pelancon seperti
Kemudahan bilik mandi dan tandas, meja untuk berkelah dan tempat barbeku disediakan di beberapa kawasan tertentu. Jeti di pusat pelancong membolehkan bot untuk ke pantai. Pihak pengurusan taman telah menyediakan boya penambat di atas batu karang untuk bot snorkel dan selam. Pelawat boleh membeli barangan seperti makanan dan minuman di kedai di kawasan kampung. Untuk menyewa peralatan menyelam dan mengisi tangki selam, pelawat boleh membuat pertanyaan di kedai selam yang berkenaan. Di sini juga terdapat banyak resort resort yang didirikan,setiap satu nya mempunyail keistimawaan nya yang tersendi,pilih lah yang berkenan,tepuk dada tanya selera (GELLERY GAMBAR PULAU REDANG KLIK SINI) ,semestinya"TERENGGANU DESTINASI PERCUTIAN KU"
Untuk Tempahan Atau Pertanyaan Tentang Pekej Percutian sila email : aakulahtu@gmail.com
Currently have 0 comments: