.
Latest News

Tempahan

Untuk Tempahan Atau Pertanyaan Tentang Pekej Percutian sila email : aakulahtu@gmail.com
hp:0199513463/096061239

* SEJARAH TERENGGANU (TERENGGANU HISTORY)

Monday, June 21, 2010 , Posted by Admin TKC(hos getah) at 8:24 PM


Lipatan sejarah terengganu,umum semua tahu tentang terengganu ialah sebuah negeri yang terletak di pantai timur semenanjung malaysia dan menghadap ke laut cina selatan,di sebelah utaranya negeri kelantan dan di selatannya negeri pahang,negeri terengganu terdiri dari tujuh buah daerah,antaranya daerah besut,daerah setiu,daerah kuala terengganu.daerah maran,daerah dungun,daerah hulu terengganu,dan daerah kemaman,

Asal Usul Nama Terengganu
Setakat ini terdapat beberapa cerita yang dikaitkan dengan nama negeri
Terengganu. Nama Terengganu itu dikaitkan dengan " Terangnya ganu ", " Taring
anu ", dan " Terangan nu ". Kisah asal nama Terengganu ini melibatkan penduduk
luar Terengganu ( Kelantan dan Pahang ) dan juga dari penduduk Terengganu
sendiri. " Terangnya ganu " ini dikaitkan pula dengan peristiwa beberapa orang
pelajar Kelantan tiba di Kuala yang kini dipanggil Kuala Terengganu melihat
pelangi di langit. Mereka pun menyatakan " Terang sungguh ganu di sini ".
Apabila pulang ke Kelantan mereka menyatakan di negeri jiran sungguh "terang ganu"

Sementara itu " Taring anu " dikatakan berasal daripada cerita yang dikisahkan
oleh Sultan Terengganu yang kesembilan, Baginda Omar ( 1839 – 1876 ). Sebelum
wujud nama negeri Terengganu, satu rombongan Pahang telah datang memburu di
kawasan hulu. Apabila mereka tiba di satu tempat ( kini dikenali dengan Sungai
Terengganu Mati ), salah seorang daripada rombongan itu berjumpa sebatang
taring. Beliau pun bertanya kepada temannya, taring apa? Salah seorang
daripadanya menyatakan – "Taring anu " kerana ia tidak dapat mengingatkan nama
taring tersebut. Tidak lama kemudian, di antara mereka di dalam rombongan ini
dapat memburu seekor rusa. Apabila dibawa pulang ke tempat mereka berkhemah,
salah seorang daripada mereka bertanya tempat rusa itu diburu. Mereka yang
berkenaan menyatakan berburu di "Taring anu ". Begitu juga apabila membawa
pulang kayu gaharu dan ditanya tempatnya, mereka menyatakan di " Taring anu".
Lama kelamaan dikenali dengan Terengganu.
Terdapat dua kisah asal nama Terengganu yang melibatkan penduduk tempatan.
pertamanya kisah " Taring anu " yang berlaku di tempat lain ( bukan di hulu ).
Kisah ini menyatakan yang " Taring anu " berasal daripada sebatang taring
sebesar gading gajah dijumpai di sebuah pulau ( kini dikenali sebagai Pulau
Duyung ) berhampiran Kuala Sungai. Ketua pulau tersebut menyembahkan kepada
raja " taring anu tuanku ". Dengan itu kuala sungai itu disebut sebagai Kuala
Sungai Taring anu. Kemudiannya Kuala Sungai Terengganu.
Sebuah kitab lagi berkait dengan salah sebuah sungai yang bernama Sungai
Terengan. Kuala Sungai Terengan ini adalah pertemuan Sungai Kerbat dan Sungai
Terengan. Dipercayai pada zaman silam sudah ada penduduk di sini. Mereka
berulangalik menggunakan kedua-dua sungai ini. Oleh itu jika mereka bertolak
dari Kuala Terengan, mereka akan menggunakan samada Sungai Terengan atau Sungai
Kerbat. Jika ada di antara mereka bertanya hendak ke mana? Mereka akan menjawab
sama ada ke " Terangan ni " atau " Terengan nu". Dengan itu lama kelamaan
muncullah Terengganu.
Kedatangan Islam
Setakat ini tidak dapat dipastikan dengan tepat tarikh atau tahun dan dari mana
kedatangan Islam ke Terengganu. Namun begitu pada Batu Bersurat Terengganu
tercatat tahun Hijrah 702, bersamaan 1303. Tahun ini disetujui setakat ini
tercatat di Batu Bersurat dan bukan bermakna Islam bermula di Terengganu pada
tahun tersebut. Dengan ini bermakna Agama Islam telah bertapak di Terengganu
sebelum tahun 1303. Perkembangan Islam di Terengganu sebelum tahun tersebut
membolehkan penulis batu bersurat menulis jawi dan golongan tertentu di
Terengganu boleh membaca jawi. Satu perkara yang menarik di sini, Terengganu
adalah negeri yang terawal di Malaysia mengkanunkan undang-undang Islam.
Dalam pada itu terbukti pada kurun ke – 16 Sharif Muhammad Al-Baghdadi sudah
berada di Kuala Berang. Kehadiran beliau ini sudah pasti ada kaitan dengan
Agama Islam dan perdagangan. Beliau meninggal dunia di Batu Belah, Kuala
Berang. Keturunan beliau, Abdul Malik bin Abdullah ( lebih dikenali sebagai Tuk
Pulau Manis ) meneruskan kegiatan keagamaan di Terengganu. Setelah kira-kira 10
tahun menuntut di Mekah dan Madinah, di sekitar tahun 1690 Abdul Malik pulang
ke Terengganu dan mengajar ilmu agama di Kuala Berang.
catatan bertulis sejarah awal terengganu
Sejarah awal Terengganu adalah tidak jelas. Namun begitu terdapat catatan
mengenai Terengganu oleh saudagar Cina, Chao Ju Kua pada tahun 1225 yang
menyebut sebagai jajahan takluk Palembang. Dalam Negarakartagama, tulisan
Prapanca dari Jawa pada tahun 1365, menyatakan Terengganu, Paka dan Dungun di
bawah taklukan Majapahit. Berdasarkan bukti arkeologi seperti kapak batu dan
tembikar yang dijumpai di Gunung Bewah terdapat manusia tinggal di situ sejak
4,000 tahun sebelum masihi. Pada Batu Bersurat Terengganu terdapat pula catatan
nama Raja Mandalika. Seterusnya dalam sejarah Terengganu, terdapat pemerintahan
bernama Megat Panji Alam dan juga Tun Telanai.Terengganu kemudiannya disebut
sebagai negeri di bawah pemerintahan kerajaan Johor. Pada ketika itu, dua orang
pembesar Johor ; Laksamana dan Paduka Megat Seri Rama dihantar memerintah
Terengganu. seterusnya Bendahara Hasan pula dihantar mentadbir Terengganu.
Berikutnya Terengganu ditadbir oleh Tun Zain
Indera. Kemudiannya oleh anak Tun Zain Indera, Tun Yuan, Tun Sulaiman dan Tun
Ismail. Tun Sulaiman sebagai sultan di Pantai Layang ( Balik Bukit ), Tun Yuan
sebagai Bendahara dan Tun Ismail sebagai Menteri Tersat.
Untuk Tempahan Atau Pertanyaan Tentang Pekej Percutian sila email : aakulahtu@gmail.com
hp:0199513463/096061239

Currently have 0 comments:

VISIT TERENGGANU

Redang Island

Perhentian Island

.

UNTUK SEBARANG MAKLUMAT TAMBAHAN
SILA EMAIL : -aakulahtu@gmail.com
call 0199513463/096061239