.
Latest News

Tempahan

Untuk Tempahan Atau Pertanyaan Tentang Pekej Percutian sila email : aakulahtu@gmail.com
hp:0199513463/096061239

* PULAU BIDONG DAN SEJARAH NYA (BIDONG ISLAND HISTORY)

Sunday, July 11, 2010 , Posted by Admin TKC(hos getah) at 4:37 PM

Pulau bidong terletak di perairan negeri terengganu dan lokasi nya berhampiran dengan pulau redang,pulau bidong merupakan pulau bersejarah kerana pulau ini pernah menjadi lokasi pelarian perang vietnan menumpang dari tahun 1978 hingga ke tahun 199o.
Zaman pelarian vietnan bermula dengan kejatuhan kerajaan demokratik Vietnam Selatan yang disokong Amerika syrikat ke tangan kerajaan komunis Vietnam Utara pada April 1975. Susulan dengan itu, rakyat Vietnam yang merasa terancam nyawa mereka mula melarikan diri kenegara luar,mengikut fakta sejarah yang tercatat pendaratan pertama pelarian perang vietnan ialah pada tahun 1975 dan di ikuti oleh kumpulan kumpulan seterus nya.pulau bidong pernah menempatkan sekitar 60 ribu pelarian perang tinggal di sini pada satu satu masa.dan seramai 4535 kelahiran bayi di rekodkan di sini.pulau bidong di kosongkan sepenuhnya pada tahun 1991 apabila kesemua pelarian perang ini di pindah kan ke kem pelarian sungai besi,semasa pulau bidong ini menjadi
lokasi penempatan pelarian perang vietnan,pulau ini menjadi pulau larangan pada nelayan dan juga orang ramai.ini kisah sejarah pulau bidong.kini setelah hampir 11 tahun pulau ini di kosongkan,apa yang ada sekarang ini hanyalah sisa bangunan lama rumah rumah pelarian dan juga bagunan sekolah dan klinik,pulau ini di angap pulau hantu untuk sekian lama kerana tiada sesiapa yang datang berkunjung ke sini,hanya beberapa tahun kebelakangan ini sahaja kerajaan negeri terengganu berusahan memajukan pulau bidong sebagai lokasi bersejarah negeri terengganu,

kini sudah ramai yang berani berkunjung kesini terutamanya peminat skuba,kerana di katakan perairan pulau bidong antara pulau pulau yang mempunyail batu karang yang tercantik di dunia,dan di perairan pulau bidong juga menjadi lokasi pelbagai spesis gamat yang jarang di temuil di tempat lain,sesunguh nya pulau bidong banyak memyimpan khazanah dasar lautnya yang teramat istimawa seperti sejarahnya juga,sekarang di pulau bidong terdapat pusat penetasan dan penyelidikan penyu yang di kendalikan oleh UDM(kini universiti sultan mizam) dan apa yang diharapkan pulau bidong akan terus maju menjadi sebuah lokasi pelancongan dan juga sebuah lokasi bersejaran untuk negeri terengganu. jika anda berminat untuk datang bercuti ke sini anda bolehlah mendapatkan khidmat dari agensi pelancongan yang terdapat di jetty merang dan jetty taman syahbandar ,"TERENGGANU DESTINASI PERCUTIAN KU"
(click sini untuk ke gellary bergambar pulau bidong)

Untuk Tempahan Atau Pertanyaan Tentang Pekej Percutian sila email : aakulahtu@gmail.com

hp:0199513463/096061239

Currently have 0 comments:

VISIT TERENGGANU

Redang Island

Perhentian Island

.

UNTUK SEBARANG MAKLUMAT TAMBAHAN
SILA EMAIL : -aakulahtu@gmail.com
call 0199513463/096061239