* Pantai Kuala Abang
Jika anda memandu di sepanjan persisir pantai negeri Terengganu dari Besut ke Kemaman memang banyak pantai pantai yang indah dan anda boleh berhenti rehat untuk sementara waktu sebelum meneruskan kan semula perjalanan anda. Salah satu lokasi yang biasa menjadi persingahan penguna jalan raya ialah Pantai Kuala abang terletak di pertenganhan perjalanan antara Kuala Terengganu Kemaman lebih kurang 60 km ke selatan negeri terengganu dan lebih kurang 10 km ke utara bandar dungun.
Pantai Kuala abang merupakan antara pantai pantai yang tercantik di negeri Terengganu pantainya yang berpasir putih dan berbatu ini menjanjikan satu panorama pemandangan yang cukup cantik, manakanla air nya tenang dan jernih sehingga anda dapat melihat anak anak ikan kecil sedang bermain di gigi air,pantai kuala abang juga amat terkenal dengan lokasi memancing baki kaki pancing kerana di sini terdapat pelbagai jenis ikan seperti ebek,jemuduk dan sebagainya.
Pantai Kuala abang bukan sahaja menjadi lokasi untuk para penguna jalan raya untuk berhenti rehat sahaja,ianya juga kadang kala menjadi persingahan para pelancong asing dari pelbagai negara,mereka berhenti di pantai ini kerana tertarik dengan sebuah batu yang terletak di gigi air pantai Kuala abang ini.Baru baru ini pantai kuala abang menerima tetamu dari luar Terengganu. Mereka datang ke sini untuk melakukan pengambaraan filem drama tempatan,sebelum ini sudah banyak lokasi di sekitar Terengganu menjadi lokasi pengembaraan filem filem tempatan,Dengan pelbagai usaha yang di lakukan oleh kerajaan negeri untuk memperkenalkan negeri Terengganu di mata dunia ,tidak mustahil suatu hari nanti negeri Terengganu akan menjadi lokasi pengambaraan filem filem bertaraf antara bangsa,dengan ini ianya akan dapat menjana ekonomi negeri Terengganu dengan kemasukan pelancong asing. semestinya "TERENGGANU DESTINASI PERCUTIAN KU"
(Gellery Bergambar Pantai Kuala Abang Click Sini)
Currently have 0 comments: