.
Latest News

Tempahan

Untuk Tempahan Atau Pertanyaan Tentang Pekej Percutian sila email : aakulahtu@gmail.com
hp:0199513463/096061239

* Pantai Telok Bidara

Friday, August 13, 2010 , Posted by Admin TKC(hos getah) at 10:05 AM

Negeri Terengganu Darul Iman bersempadan dengan Kelantan di utara dan Pahang di selatan dan barat daya,negeri ini berkeluas 12,955 km persegi dengan populasi penduduknya sekitar 1 juta orang, Terengganu mempunyai garis pantai sepanjang 240 km dari besut hingga ke kemaman dan berhadapan Laut Cina Selatan,

Terengganu sebuah negeri yang kaya dengan seni warisan nya serta negeri yang mempunyail banyak lokasi lokasi menarik untuk di lawati,dari hutan rimbanya,pulau pulau nya serta pantai pantai nya.salah satu pantai yang semakin menjadi lokasi pilihan pengunjung untuk bercuti pada hujung minggu ialah Pantai Teluk Bidara.

Pantai Teluk Bidara, terletak berhampiran dengan Perkampungan Nelayan Seberang Pintasan, lebih kurang 9 km dari bandar Dungun dan 98 km dari bandaraya Kuala Terengganu.

berhampiran sebuah bukit di mana terbinanya sebuah Rumah Api bagi kemudahan Nelayan di Kuala Dungun.Dari kemuncak bukit ini kita akan dapat melihat pemandangan indah di sekitar daerah Dungun.

Pantai Teluk bidara mempunyai sebuah gua kecil dan kawasan berbatu yang luas, Pantai Yang Bersih dan air yang jernih , sesuai untuk mandi manda memancing dan mencari ketenangan.

Pantai telok bidara ini mempunyail kemudahan asas seperti tandas awan wakaf dan taman permainan untuk kanak kanak.Berhampiaran dengan Teluk bidara ini juga terdapat sebuah resort mewah(antara 10 resort termahal di dunia dan memenangi anugerah Agha Khan bagi senibina unik) iaitu Tanjung Jara Beach Resort. jom kita bercuti ke pantai teluk bidara bersama keluarga pada hujung minggu ini.
semestinya "TERENGGANU DESTINASI PERCUTIAN KU"

Currently have 0 comments:

VISIT TERENGGANU

Redang Island

Perhentian Island

.

UNTUK SEBARANG MAKLUMAT TAMBAHAN
SILA EMAIL : -aakulahtu@gmail.com
call 0199513463/096061239